GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT PENGEMUKAAN PELAN TAMBAHAN BAGI RUMAH JENIS TERES, BERKEMBAR DAN SESEBUAH
Garis panduan ini disediakan bagi menetapkan garis panduan serta keperluan yang perlu dipatuhi dalam membuat kerja-kerja tambahan bagi memudahkan pemohon untuk mendapatkan kelulusan pelan.
Keperluan-Keperluan Yang Perlu Dipatuhi.
i) Semua kerja-kerja binaan hendaklah mendapat persetujuan daripada pemilik tanah / bangunan.
ii) Pemilik adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kestabilan dan kekukuhan semua struktur yang dibina mengikut garis panduan ini. Pihak MPKj tidak bertanggungjawab ke atas segala tuntutan, dakwaan atau tindakan yang diakibatkan dari pembinaan mengikut peruntukan di dalam buku garis panduan ini.
iii) Semua kerja-kerja yang dijalankan hendaklah dikemaskan pada bahagian sebelah dalam dan luar dan hendaklah tidak menjadi suatu pemandangan yang tidak elok atau mengakibatkan aduan oleh jiran-jiran.
iv) Kerja-kerja pemasangan saluran kebersihan (Sistem Sanitari) hendaklah disalurkan ke “Gully Trap” kemudian ke lurang “Manhole” bukan ke longkang permukaan.
v) Binaan tersebut mestilah dibina di atas asas yang kukuh dan boleh menanggung beban struktur binaan tersebut.
vi) Pembinaan struktur baru yang menyatu kepada struktur sediada hendaklah mengikut amalan kejuruteraan binaan yang dipastikan kukuh dan selamat. Adalah menjadi tanggungjawab pemilik sendiri bagi memastikan perkara tersebut dipatuhi sepenuhnya.
vii) Pemilik yang tidak mematuhi keperluan yang ditetapkan akan diarahkan mengubahsuai atau merobohkan binaan tersebut. Tindakan undang-undang akan diambil terhadap pemilik bangunan yang ingkar.
viii) Memasang gutter pada bumbung yang melebihi sempadan.
Anjakan Ukuran Minima Dan Maksima.
i) Pemilik adalah diingatkan untuk memenuhi kehendak ukuran minima dan maksima seperti yang disyaratkan.
ii) Anjakan dari sempadan-sempadan hendaklah dipatuhi sepenuhnya.
Batasan – Batasan Bagi Kerja – Kerja Tambahan
i) Dinding pemisah di antara bangunan mesti 4.5” atau 112 mm tebal ( setiap belah ) dinding padu dari bahan – bahan tidak terbakar dan tidak mempunyai sebarang bentuk permukaan.
ii) Dinding tersebut hendaklah dibina ke paras bumbung sambungan dan dinaikkan sehingga 230mm dari paras bumbung.
iii) Cahaya dan pengudaraan yang mencukupi untuk sambungan mesti disediakan melalui pembukaan, tingkap yang boleh dibuka atau gerigi yang mempunyai keluasan berpadu tidak kurang dari 15% daripada keluasan lantai sambungan.
iv) Anjung kereta dan teres terbuka yang dibina mengikut garis panduan ini mestilah tidak tertutup tetapi penggunaan lengkung terbuka untuk tujuan perhiasan sahaja adalah dibenarkan.
NOTA : Sekiranya perkara-perkara di atas tidak dipatuhi wang cagaran tidak akan dikembalikan.
PERINGATAN PENTING KEPADA PEMILIK DAN JUGA ARKITEK/PELUKIS PELAN
Sekiranya Pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mendapati pembinaan tersebut dibina tidak mengikut pelan yang telah diluluskan. Pemilik dan Orang Yang Mengemukakan (Arkitek/ Pelukis Pelan Berdaftar) boleh dikenakan tindakan undang- undang seperti yang terdapat di dalam peruntukan Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 (Akta 133) Seksen 70(13)(b) dimana seseorang yang melencong daripada mana-mana pelan/ penentuan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada PBT boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada RM50,000.00 dan juga boleh dikenakan denda tambahan sebanyak RM1,000.00 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan. Sebarang ketidakpatuhan dan kegagalan Arkitek
/ Pelukis Pelan dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang Profesional akan dilaporkan kepada Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) seterusnya akan disenarai hitamkan.
CATATAN:KELULUSAN YANG MELIBATKAN AGENSI PERKHIDMATAN LUARAN (PEMBEKAL PERKHIDMATAN) – JPP, SYABAS, TNB, TM HENDAKLAH DIRUJUK TERUS OLEH PRINCIPAL SUBMITTING PERSON (PSP)
FORMULA PERKIRAAN BAYARAN PELAN BERDASARKAN JADUAL PERTAMA FI BAGI MENIMBANGKAN PELAN, PERMIT DAN LAIN-LAIN
[Undang-undang kecil 3(1)(a), 12(1), 19(2), 21(2), 26 dan 29, UUKBSS 1986]
A- Fi proses RM120 bagi setiap permohonan
B- Keluasan lantai bangunan
1. Tingkat Tanah
RM14.00 per 9m²
(Min. RM140.00)
2. Tingkat Pertama
3. Tingkat Kedua
4. Tingkat ketiga
5. Tingkat keempat ke atas dan besmen RM12.00 per 9m² RM10.00 per 9m² RM8.00 per 9m² RM6.00 per 9m² (Min. RM120.00) (Min. RM100.00) (Min. RM80.00)
(Min. RM60.00)
c- Alat Kebersihan
1. W.C/Bdt (water closet/bidette)
RM5.00 setiap satu
2. S (sink)
3. B (basin), GT (gully trap), FT (floor trap)
4. LB (long bath)
5. S (shower)
6. U (urinal)
7. MH (manhole), ST (individu septic tank) RM5.00 setiap satu RM2.00 setiap satu RM5.00 setiap satu RM5.00 setiap satu RM5.00 setiap satu RM25.00 setiap satu
D- Kolam Renang / Kolam Air (kolam hiasan) ½ (RM14.00 per 9m²)
E- Pagar Unit Kediaman RM100.00 setiap satu
F- Pindaan pelan kepada pelan lulus
1. Pelan pindaan (jika tidak melibatkan tambahan keluasan) i.
ii. RM120 bagi setiap permohonan RM120.00 bagi setiap helaian pindaan untuk 1 set.
2. Perubahan kepada bangunan melibatkan tambahan keluasan dan sanitari i.
ii. iii. RM120 bagi setiap permohonan RM120.00 bagi setiap helaian pindaan untuk 1 set.
Fee ke atas tambahan keluasan dan sanitari.
3. Pindaan keseluruhan rekabentuk dan jenis bangunan i.
ii. iii. iv. RM120 bagi setiap permohonan RM120.00 bagi setiap helaian pindaan untuk 1 set.
Fee ke atas tambahan keluasan dan sanitari
½ daripada fee ke atas pelan yang diluluskan terdahulu.
4. Perubahan kemasan lantai i.
G- Pecahan bilik ke bilik yang lebih kecil RM50.00 / bilik
H- Perubahan Fasad RM36.00 / tingkat
I- Permit Tahunan
(Tambahan yang melanggar garis panduan)
J- Bangunan Sementara
1-. Fi Proses
2. Permit Tahunan
K- Permit Meletakkan Bahan Binaan
(Perlu dijelaskan semasa mengambil kelulusan minima 2 bulan)
L Permit Meletakkan Tong Roro
(Perlu dijelaskan semasa mengambil kelulusan minima 2 bulan)
Luas kesalahan X RM 10.00 per 9m² (Min. RM100.00)
Berdasarkan kadar B
RM10.00 per 9m² (Min. RM100.00)
RM100.00 / bulan RM100.00 / bulan
M- Petil (Perlu dijelaskan semasa mengambil kelulusan) RM10.00
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BORANG PERMOHONAN KELULUSAN TAMBAHAN RUMAH KEDIAMAN
JABATAN KAWALAN BANGUNAN
Nama Pemohon / Perunding
Alamat
No. Kad Pengenalan
No. Telefon / Fax
No. Telefon Bimbit
Nama Pemilik / Pemaju
Alamat
No. Telefon / Fax
No. Telefon Bimbit
Tandatangan Perunding / Cop Perunding
DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN
1 Surat Permohonan Perunding dan Borang A
2 Borang Permohonan yang lengkap diisi beserta Borang Kiraan Proses Pelan Dan Kiraan Cagaran Pelan
3 Surat Wakil Sekiranya Orang Yang Mengemukakan Permohonan Bukan PSP
4 Sijil Perakuan Pendaftaran Pengamal Dan Perakuan Pendaftaran Sebagai Arkitek.
5 1 Salinan Cukai Taksiran Terkini Yang Telah Dijelaskan. (sekiranya belum dikenakan cukai, sila dapatkan surat dari Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPKj)
6 Surat Akujanji Pemilik
(Binaan Belum Dijalankan / Telah Dijalankan)
7 1 Salinan Kad Pengenalan Pemilik
8 Gambar FOTO Tapak (Pandangan Hadapan, Belakang dan Tepi ) Yang Bertarikh Terkini Selewat-lewatnya 7 Hari Sebelum Permohonan Didaftarkan
9 1 Salinan Sijil Kelayakan Menduduki / Borang F
10 1 Salinan Perjanjian Jual Beli (S&P) dan Hakmilik Sementara / Geran
11 Sijil Perakuan carian rasmi (untuk tambahan rumah sesebuah)
12 Surat Akuan Janji Pendeposit Yang Lengkap dan dimeterai setem hasil
13 Lukisan R.C beserta Surat Permohonan, Borang A Dan Kiraan Untuk Permohonan Bangunan Tambahan (2 tingkat), Tambahan Yang Melebihi 500 Kaki Persegi (1 tingkat) Dan Aras Di Bahagian Belakang Melebihi 2’0” Perlu Dikemukakan Semasa Permohonan
14 2 Set Pelan Termasuk Linen Dengan Tajuk Yang Lengkap Dengan Skala Minima 1:100 Dan Ukuran Di Dalam Unit Metrik
15 Salinan Surat dan Pelan Kelulusan Terdahulu (sekiranya ada)
16 1 Salinan Bil Permit Meletak Bahan Binaan Dan Tong Roro
17 1 Salinan Resit Tong Sampah (jika berkenaan)
18 Lain-Lain Dokumen Yang Berkaitan (sekiranya perlu)
1. Kehendak Lukisan Pelan
a Semua salinan pelan hendaklah dicetak dengan terang dan jelas serta tidak mudah dipadam
b Tajuk projek dalam pelan hendaklah mengandungi keterangan yang lebih lengkap
c Pelan bangunan yang dikemukakan hendaklah melalui seorang arkitek atau pelukis pelan berdaftar dan haruslah mengandungi keterangan lengkap
seperti nama penuh, alamat, no. pendaftaran arkitek / pelukis pelan bangunan / jurutera serta tandatangan
d Catitkan pada setiap salinan pelan perakuan oleh arkitek / pelukis pelan bangunan / jurutera yang berbunyi “Saya memperakui bahawa detail-detail dalam pelan-pelan ini adalah menurut kehendak-kehendak Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam Selangor 1986 dan saya setuju terima
tanggungjawab penuh dengan sewajarnya”.
e Pelan bangunan yang dikemukakan hendaklah mengandungi keterangan
lengkap mengenai pemilik seperti nama penuh, nama syarikat, no. kad pengenalan, alamat surat menyurat, serta tandatangan
f Catitkan dalam pelan perakuan oleh pemilik bangunan yang berbunyi “Saya mengaku untuk bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan bangunan
bersebelahan akibat dari kerja-kerja pembinaan yang dijalankan”
g Lukisan pelan yang dikemukakan hendaklah mengandungi pelan lokasi, pelan tapak, pelan lantai, lukisan pandangan, lukisan keratan, pelan
bumbung dan gambarajah alatan sanitari
h Catitkan jenis bahan-bahan yang dicadangkan.
2. Warna Pelan Pindaan / Ubahsuai Sahaja
a Warnakan merah bagi kerja-kerja ubahsuai baru dan garisan biru putus-
putus untuk kerja-kerja sediada yang dirobohkan / dilupuskan. (termasuk permohonan pindaan kepada pelan lulus)
b Warnakan merah bagi semua dinding sekatan baru dan lantai yang
dinaiktaraf manakala dinding sekatan atau lantai sediada tidak perlu diwarna
3. Skala Pelan
a Catitkan skala lukisan pelan yang digunakan
b Skala untuk pelan tapak hendaklah tidak kurang dari 1 : 200
c Skala untuk semua lukisan pelan selain dari pelan tapak dan pelan lokasi hendaklah tidak kurang dari 1 : 100
4. Pelan Lokasi
a Kemukakan pelan lokasi yang lebih terperinci dan lengkap
b Catitkan nama jalan-jalan lain disekitar tapak projek dalam pelan lokasi
c Tapak cadangan hendaklah diwarnakan dengan merah
d Tunjukkan titik utara pada pelan lokasi
5. Pelan Tapak
a Catitkan dalam pelan tapak no. lot dan seksyen untuk tapak projek dan lot- lot bersebelahan
b Catitkan dimensi lot dalam pelan tapak
c Tunjukkan titik utara pada pelan tapak
d Jalan masuk ke tapak itu dari jalan dan nama jalan itu
e Pelan tapak hendaklah menunjukkan bumbung bangunan
f Catitkan lebar bagi jalan hadapan, lorong belakang dan jalan lain yang berhampiran
g Paras tanah tapak yang sediada dan yang dicadangkan
6. Pelan Lantai
n. a Catitkan ukuran dan jenis bahan untuk semua jenis pintu / tingkap dalam pelan (sediakan jadual pintu / tingkap)
b Catitkan dimensi untuk bilik-bilik / ketebalan dinding / ruang udara / panjang dan lebar bangunan dalam pelan lantai
c Jelaskan maksud semua huruf singkatan dan simbol yang digunakan dalam lukisan pelan
d Catitkan jenis kemasan lantai pada semua ruang / bilik dalam pelan lantai
e Catitkan jenis kegunaan semua bahagian ruang / bilik dalam pelan lantai
f Menunjukkan arah aliran dan anak panah pada longkang
g Pengudaraan semulajadi (tidak kurang 15% keluasan lega lantai) / mekanikal ada ditunjukkan mengikut kehendak UUK 39(1)(2)(3)(4)
h Mengadakan anjakan bagi kolam renang 2 meter dari garisan sempadan
i. Mengadakan anjakan bagi kolam hiasan 600mm dari garis sempadan.
j. Mengadakan anjakan tembok penahan 2 meter dari garisan sempadan
k. Ruang dapur dan bilik air mestilah mempunyai kemasan jubin
l. Mengadakan kedudukan kelengkapan kebersihan dalam tandas / bilik air / dapur
m. Mengadakan pintu dari jenis “louvres” pada ruangan setor sekiranya tiada pengudaraan semulajadi
n. Kelebaran minima bagi sebuah bilik kediaman tidak kurang daripada 2000mm
o. Manhole hendaklah dinyatakan dengan penutup kedap udara dan mudah alih (bagi permohonan tambahan)
p. Tunjukkan arah aliran kumbahan yang baru pada semua pelan lantai dan warnakan merah.
q. Dinding tambahan baru hendaklah berada di dalam garisan sempadan sendiri (bagi permohonan tambahan)
r. Mengadakan ‘floor trap’ / ‘spout pipe’ pada ruangan balkoni
7. Lukisan Keratan
a Kemukakan lukisan keratan menegak dan keratan melintang
b Catitkan jumlah keseluruhan tinggi bangunan dari paras tanah ke paras tertinggi struktur bangunan dalam lukisan keratan
c Catitkan ukuran tinggi setiap tingkat / tangga / pintu / tingkap / susur tangan / ‘parapet wall’ / ‘low wall’ dalam lukisan keratan
d Dinding sekatan / pembahagi (party wall) hendaklah dinaikkan tidak kurang dari 230mm dari paras bumbung (bagi permohonan tambahan)
e Catitkan bahan untuk struktur dan kemasan bumbung dengan lebih terperinci dalam lukisan keratan
f Tunjukkan lebar dan kedalaman asas tapak dalam pelan keratan dan hendaklah diwarnakan
g Menunjukkan paras tanah sediada dan paras tanah baharu yang dicadangkan
h Anjakan cucur atap 2 meter dari garisan sempadan hadapan dan sisi (tambahan bagi corner lot) serta belakang (tambahan bagi rumah
sesebuah)
i Anjakan cucur atap minima 1.5 meter dari garisan sempadan bersama (bagi binaan tambahan sempadan bersama sahaja)
8. Lukisan Pandangan
a Catitkan jenis kemasan luar pada dinding, tingkap dan bumbung dalam lukisan pandangan. Kemasan dan permukaan luar bangunan hendaklah terdiri dari bahan-bahan yang berkualiti dan mudah diselenggara
b Tunjukkan aras yang dicadangkan dan aras sediada serta kedudukan
bangunan sediada yang bersebelahan dengan lot cadangan dalam lukisan pandangan
c Menunjukkan sebahagian daripada tampak bangunan bersebelahan yang
sediada (tunjukkan paras lantai, kepala tembok utama, parapet dan tinggi berandanya)
d Rekabentuk bangunan tidak boleh menyerupai rumah ibadat
9. Pelan Bumbung
a Kemukakan pelan bumbung dan tunjukkan jarak anjakan dari hujung bumbung ke sempadan lot
b Unjuran bumbung yang boleh melepasi garisan sempadan hanya dibenarkan terkeluar 300mm termasuk talang air (gutter). Pembinaan
talang air serta saluran air hujan hendaklah dari bahan yang tidak berkarat
c Catitkan jenis bumbung yang digunakan beserta kecuraman bumbung dan arah aliran air tersebut
d Bumbung ‘porch’ jenis berkongsi adalah tidak boleh dipinda / dipecahkan
10. Gambarajah Sanitari
a Pelan lukisan mestilah mengandungi gambarajah sanitari yang dilukis secara terperinci dan hendaklah diwarnakan
11. Pelan Dan Kiraan RC
a Mengemukakan satu salinan pelan-pelan struktur yang lengkap beserta tandatangan pemilik bangunan yang dicadangkan bersama dengan satu
salinan yang boleh dibaca mengenai kiraan-kiraan strukturnya
b Pelan-pelan struktur yang lengkap hendaklah dibuat diatas linen dan tiap- tiap helaian hendaklah mengandungi perakuan yang dibuat oleh orang yang berkelayakan seperti dalam Borang A dan orang yang
mengemukakannya bersetuju menerima tanggungjawab sepenuhnya.
Akuan Pemilik Bangunan*
1) Saya telah membaca segala garispanduan dan syarat-syarat pengemukaan pelan tambahan kediaman yang telah ditetapkan di dalam borang ini dan faham sepenuhnya. Saya bersetuju untuk mematuhi semua syarat dan peraturan yang ditetapkan dan sekiranya saya ingkar, saya bersedia menerima apa- apa tindakan daripada MPKj.
2) Saya akan bertanggungjawab terhadap sebarang aduan dan kerosakan bangunan bersebelahan serta membaikpulih apa-apa kerosakan yang berlaku akibat dari kerja-kerja pembinaan yang dijalankan.
3) Saya bersetuju melepaskan dan menanggung rugi MPKj daripada segala apa jua tuntutan dan keadaan oleh sebab-sebab terhad dan tidak terhad termasuk kesan dan akibat dari bencana alam.
Ditandatangan Oleh Pemilik
Akuan PSP*
Saya memperakui bahawa perincian dalam pelan-pelan ini adalah mengikut kehendak-kehendak Undang- Undang Kecil Bangunan Seragam Selangor 1986 Dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 serta saya bersetuju terima tanggungjawab penuh dengan sewajarnya.
Dicop dan Ditandatangan Oleh PSP
BORANG KIRAAN BAYARAN PROSES PELAN
BORANG KIRAAN BAYARAN PROSES PELAN
0 comments:
Post a Comment